16 May 2011

mari menjadi doktor gigi di malaysia

Di antara bidang profesional yang penting tetapi masih kurang di negara ini ialah profesion pergigian. Menurut statistik Kementerian Kesihatan Malaysia, sehingga Disember 1995, terdapat 1750 doktor pergigian di negara ini. Daripada jumlah itu, seramai 1002 berkhidmat di sektor swasta sementara 748 berkhidmat di sektor awam.  Jumlah itu memberikan nisbah 1 doktor pergigian kepada kira-kira 12 000 penduduk.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan nisbah doktor pergigian kepada penduduk ialah pada kadar 1:5000. Kementenian Kesihatan menetapkan sasaran 1 doktor pergigian kepada 7212 duduk pada tahun 2000.
Untuk mencapai sasaran itu lebih ramai doktor pergigian perlu dilatih sama ada di dalam atau di luar negara. Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan menyediakan perkhidmatan pergigian yang selesa kepada rakyat di negara ini.

Setiap orang inginkan gigi yang sihat, bersih dan kuat. Kita perlu menjaga 32 khazanah yang berharga itu dengan baik. Tanpa mempunyai gigi sudah tentu kita tidak makan atau mengunyah makanan dengan sempurna. Untuk mengekalkan kesihatan gigi, kita memerlukan pemeriksaan rawatan danipada doktor gigi. Sekurang-kurangnya dalam setahun untuk memeriksa dan menjaga gigi kita.

Sejarah pengajian akademik di bidang pergigian di negara bermula apabila kumpulan pertama seramai 32 orang penuntut bagi sesi 1972/73 diterima masuk ke Fakulti Pergigian, Universiti Malaya (UM). Program ini bertujuan melatih pelajar untuk menjadi doktor pergigian di negara ini seterusnya meramaikan bilangan mereka.

Pelajar yang mengikuti program ini dididik supaya menganggap pesakit bukannya kes pergigian, bahkan sebagai orang yang layak mendapat tempat yang sewajarnya dalam masyarakat dan memerlukan rawatan pergigian demi kesejahteraannya sendiri. Kemudahan rawatan pergigian boleh diberikan kepada semua yang memerlukan.

Kursus-kursus yang akan diikuti termasuk anatomi, fisio­biokimia, anatomi dan histologi  pergigian, farmakologi perubatan, patologi, surgeri am, bahan-bahan pergigian, prostetik dan teknik makmal, pembedahan maksilofasial dan mulut, patologi mulut, perubatan mulut dan radiologi, pemeliharaan, pedodontik, ortodontik, per­gigian masyarakat, radiologi dan anestesiologi.

Pengajian pada tahun pertama dan kedua dikhususkan kepada pengajian tentang struktur fungsi yang normal tidak normal terhadap badan manusia dengan peng­khususan kepada aspek yang berkaitan dengan amalan pergigian.  Sementara pada tahun tiga dan empat pelajar dike­hendaki menumpukan perhatian kepada rawatan pesakit, pengajian rawatan diagnosis dan pencegahan penyakit pergigian dan mulut. Pelajar juga akan dilatih di klinik-klinik mana mereka akan merawat pesakit-pesakit di bawah pengawasan rapi pensyarah.

Lulusan di bidang ini mempunyai peluang kerjaya yang cukup baik dan meluas dengan pendapatan yang lumayan dengan gaji permulaan sekitar RM1,600 serta insentif lain di sektor kesihatan kerajaan seperti hospital dan klinik. Sementara sektor swasta menawarkan gaji lebih kurang RM2,500. Mereka juga boleh menjalankan perkhidmatan pergigian dengan membuka klinik secara persendirian.

Kerjaya sebagai doktor gigi tidak sahaja mencabut dan menampal gigi, sebaliknya lebih daripada itu. Doktor gigi bertugas merawat dan memeriksa semua jenis penyakit, kecederaan serta masalah berkaitan mulut dan rahang gigi. Doktor gigi juga boleh membantu membaiki keadaan gigi yang tidak lurus, merawat gusi yang berpenyakit, menjalankan pembedahan pada mulut dan rahang, selain membuat dan memasang gigi palsu.



CIRI-CIRI PERIBADI YANG DIPERLUKAN

(i) Berminat dengan profesion ini

(ii) Mempunyai pengetahuan tentang perubatan dan kemahiran klinikal

(iii) Mempunyai minat untuk bekerja dengan orang ramai tanpa mengira usia dan latar belakang

(iv) Sihat tubuh badan, mempunyai ketangkasan penglihatan yang baik serta pintar

(v) Mempunyai kemahiran menjalinkan hubungan dengan orang ramai

(vi) Memiliki sikap yang menyenangkan

(vii) Mempunyai minat di bidang biologi, kimia dan fizik

(viii) Mempunyai kemahiran dan ketangkasan menggunakan tangan

(ix) Bersikap peramah dengan pesakit

SYARAT UNTUK MENCEBURI BIDANG INI


Untuk menjadi seorang doktor pergigian, individu itu harus memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Doktor Petama (Bachelor Degree) daripada universiti tempatan atau luar negara yang diiktiraf kerajaan. Mereka juga perlu mendapat pengiktirafan daripada Majlis Pergigian Malaysia terlebih dahulu sebelum mempraktik sebagai doktor gigi yang sah.



SYARAT UNTUK MELANJUTKAN PENGAJIAN

Pada masa ini, universiti tempatan yang menawarkan kursus ini adalah Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Sains Malaysia (USM). Selain itu, kursus ini juga boleh diikuti di universiti-universiti luar negara seperti di Republik Ireland, England, Australia, New Zealand, Kanada, Amenika Syanikat, Pakistan, Bangladesh, Indonesia, Mesir dan Taiwan.

SYARAT YANG DIPERLUKAN MELANJUTKAN PENGAJIAN 
Terdapat dua cara untuk melanjutkan pengajian di bidang ini universiti-universiti tempatan:

Cara pertama: 
Pelajar perlu lulus cemerlang dalam peperiksaan ­Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) aliran sains dengan kepujian dalam bahasa Melayu dan mata pelajaran lain. Calon akan ditawarkan ke peringkat matrikulasi atau sains selama satu tahun. Selepas menamatkan pengajian pelajar akan dipiih mengikuti program pergigian.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui program khas negara khususnya di United Kingdom akan memilih pelajr-pelajar yang mencapai keputusan cemerlang di dalam matrikulasi/asasi sains dan universiti tempatan melanjutkan pengajian di bidang pergigian di negara tersebut di atas.

Cara kedua: 
Pelajar akan ditawarkan terus ke peringkat sarjana pertama. Pelajar perlu lulus SPM (aliran sains) dengan kepujian dalam bahasa Melayu serta lulus dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan sekurang-­kurangnya lulus mata pelajaran pengajian am/kertas am, biologi dan kimia. Mereka yang memiliki Diploma Sains dan Diploma Mikrobiobogi dari UiTM juga boleh memohon.

Oleh kerana jumlah pengambilan pelajar oleh universiti tempatan untuk mengikuti program ini adalah kecil, maka hanya mereka yang mempunyai kelayakan yang cemerlang sama ada di peringkat STPM atau matrikulasi/asasi sains atau diploma berpeluang untuk dipilih.

Program pergigian yang dijalankan di universiti tempatan selama lima tahun. Sepanjang tempoh itu, pelajar akan didedahkan dengan kursus-kursus perubatan pergigian meliputi peringkat praklinikal dan klinikal.

LATIHAN KEPAKARAN BIDANG PERGIGIAN

Negara kita masih kekurangan pakar-pakar di bidang pergigian seperti pakar pergigian kanak-kanak, pembedahan mulut, ortodontik, periodontik, patologi mulut, kesihatan pergigian dan prostodontik. Untuk melanjutkan ke peringkat profesional individu perlu mengikuti kursus antara satu hingga tiga tahun.

Bidang-bidang pengkhususan yang boleh diikuti adalah seperti berikut:

a. Pakar Ortodonti yang banyak membantu memperbaiki rupa bentuk dan fungsi
rahang dan gigi kita.
b.
Pakar Bedah Pergigian untuk merawat mereka yang mengalami penyakit teruk
seperti kanser mulut dan seumpamanya.
c.
Pakar Kesihatan Pergigian Awam membantu mengawal penyakit pergigian
yang berleluasa.
d.
Pakar Pergigian Kanak-kanak yang banyak membantu memulihkan keadaan
kesihatan pergigian kanak-kanak.
e.
Pakar Periodontologi membantu memulihkan mereka yang mengidap penyakit
gusi dan periodontium.
f.
Pakar Patologi Mulut pula banyak bertugas dalam makmal untuk memeriksa dan
mengenal pasti jenis penyakit merbahaya dengan tepat.
g.
Pakar Pemeliharaan/Konservasi Gigi pula akan mengetahui semua jenis rawatan tampalan
yang mutakhir yang boleh diberikan kepada pesakitnya. 
h.
Pakar Prostetik pula akan diminta untuk merawat kes kehilangan gigi
i.
Pakar Pergigian Forensik yang banyak membantu mengenalpasti identiti mayat yang sudah rentung oleh kebakaran atau pun reput dan seumpamanya.

No comments: